Pendidikan Ke Arah Kemajuan

Selamat Datang ke Blog Rasmi SK Gayaratau, Tamparuli

Latest

Selamat hari raya aidilfitri 2013

19 Ogos 2013 – ImageJuadah hari raya yang disediakan oleh guru-guru muslim Sk Gayaratau dinikmati oleh semua staf Sk  Gayaratau.

Majlis Perpisahan Cikgu Azlinda

Jumaat,9 November 2012-Setelah berkhidmat selama empat tahun di Sk Gayaratu,pada hari ini Cikgu Azlinda M.Isa diraikan dalam satu majlis sempena pertukaran tempat berkhidmatnya di sekolah baru. Jutaan terima kasih kepada beliau atas semua budi yang ditabur di Sk Gayaratau. Semoga sukses di sekolah baru. Jasamu dikenang.

Selamat menduduki Peperiksaan Semester Kedua

Rabu-17 Oktober. Hari ketiga peperiksaan. Para pelajar menduduki kertas Matematik 1 dan 2 dan kertas Kemahiran Hidup.Selamat maju jaya semua.

Mesyuarat Guru ICT, Juruteknik Komputer dan Penyelaras Bestari

Mesyuarat bil2/2012 ini dijalankan di PKG Tamparuli.

selamat menempuh minggu peperiksaan

15-19 Oktober 2012 merupakan minggu peperiksaan semester 2 bagi semua pelajar Sk Gayaratau. Selamat berjaya diucapkan kepada semua pelajar. Kepada semua guru, selamat menanda kertas jawapan.

Salam Aidilfitri dan Salam Kemerdekaan

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga SKGR yang dihormati. Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia juga diucapkan kepada seluruh warganegara Malaysia. Janji Ditepati…

Dengarkan lagu dari Allahyarham Sudirman Hj Arshad

http://www.youtube.com/watch?v=nCiZweEsmoc

Welcome Back To School

Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga pendidik, KTBM dan pelajar-pelajar SKGR setelah seminggu bercuti. Kepada warga yang beragama Islam diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Bengkel Pembangunan Laman Web/Blog Sekolah

This slideshow requires JavaScript.

Bengkel Pembangunan Laman Web/Blog Sekolah Daerah PKG Tamparuli 2012 telah diadakan di Bilik Pokilahan Pusat Kegiatan Guru Tamparuli. Bengkel yang berlangsung selama empat hari ini dibahagikan  kepada dua sesi untuk memudahkan proses pembelajaran pembangunan laman web/blog bagi para peserta. Sesi pertama berlangsung selama dua hari bermula 27 hingga 28 Ogos 2012 manakala sesi kedua diadakan pada 29 dan 30 Ogos 2012. Pada sesi pertama seramai 16 orang peserta menghadiri bengkel tersebut termasuk Guru ICT dari SK Gayaratau iaitu Cikgu Azlan Bin Mohd Akas Elni.